Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersama DAP kerana mereka berkongsi objektif yang sama, tetapi menegaskan bahawa parti itu tidak menguasai dirinya.
"Ya, saya bersama DAP tetapi DAP tidak memiliki saya.
"Kami berkongsi objektif yang sama untuk menjatuhkan kerajaan kleptokratik ini," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ucapan perdana menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam yang membidas bekas pemimpin Umno yang kini bersekongkol dengan DAP.
Bagi Mahathir, perhimpunan raksasa Umno untuk meraikan ulang tahun ke-71 - sebuah parti pernah dipimpinnya selama 22 tahun - sebagai "sandiwara" di mana orang ramai dibayar untuk hadir.
Mahathir mendakwa pelajar dikerahkan ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment