Write For Us

PAS tempelak Mahathir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Menyanggah hujah Tun Dr Mahathir, PAS hari ini menempelak bekas perdana menteri itu yang mendakwa mereka sebagai punca orang Melayu berpecah.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata perpecahan terburuk orang Melayu berlaku pada era Dr Mahathir mengetuai kerajaan.
"Bukan setakat Melayu berpecah, Umno asal pun hancur. Tiga timbalan perdana menteri dan timbalan presiden terpelanting. Kata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih," kata Idris dalam kenyataannya.
Semalam Dr Mahathir - melalui catatan di blognya - mendakwa PAS memecah-belahkan orang Melayu dan menyebabkan ahli keluarga berkelahi.
Antara lain katanya, disebabkan fahaman PAS berlaku sembahyang dua imam, jenazah dikebumikan di tanah perkuburan berbeza dan kafir-mengkafir.
"Saya berada pada zaman sebelum PAS ditubuhkan. Ada kaum muda dan kaum tua. Tetapi tidak ada perpecahan antara orang Melayu kerana agama. Sudah tentu tidak ada sembahyang dua imam, perkuburan berasingan dan lain-lain," katanya dalam kenyataan ditujukan kepada Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kata Idris, sebelum Umno ditubuhkan pada 1946 sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 yang di Ipoh Perak.
Justeru, katanya, antara Umno dan PKMM, siapa yang "beranak" dulu.
"Parti mana yang pemecah orang Melayu, PAS atau Umno?" katanya lagi.
Idris yang juga anggota parlimen Bukit Gantang juga menyatakan tidak ada apa yang aneh apabila Dr Mahathir membuat dakwaan kepada PAS.
Bekas perdana menteri itu, katanya, pernah memutar belit sejarah dengan mendakwa PAS ditubuhkan oleh penjajah sedangkan Umnolah yang ada "dalam dakapan penjajah."
Sebagai bukti Idris menyatakan ketika semua parti politik kiri diharamkan oleh Inggeris pada 1948, Umno hidup segar-bugar.
Bagaimanapun tiada sesiapa berani menyanggah fakta dikemukakan Dr Mahathir kerana ketika itu dia berkuasa penuh.
Namun kata Idris keadaan adalah berbeza sekarang.
"Sekarang apabila tidak ada kuasa baru Tun sedar Rabu, Khamis, Jumaat," katanya berkias.
Idris juga mengulangi kenyataan lazim dibuat PAS sebelum ini iaitu apa yang terjadi adalah 'berkat' doa bekas presiden parti berkenaan Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
"Biar Tun Mahathir tengok hasil kerja tangannya selama 22 tahun," katanya.
Bagaimanapun dalam kenyataan Idris itu beliau tidak menjawab persoalan yang dilontarkan Dr Mahathir semalam, iaitu sama ada orang yang tidak menyertai PAS kafir atau tidak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment