Write For Us

'Pelaq!', Mat Sabu tempelak PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menempelak PAS menggunakan skrip Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam isu menerima "derma".
Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata dakwaan bahawa individu yang mendermakan RM2.5 juta kepada PAS adalah tidak masuk akal.
"Najib adalah mahaguru politik Malaysia, apabila dia mendapat RM2.6 bilion, beliau berkata ia adalah sedekah dari Arab. Rupanya ayat yang sama digunakan oleh PAS sekarang. Pelaq sungguh," kata Mat Sabu pada majlis Makan Malam Dana dan Amanat PRU14 AMANAH di Kepong.
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohd Zuhdi Marzuki dalam forum Sinar Harian semalam mendakwa derma RM1.5 juta dan RM1 juta yang diterima oleh parti Islam itu adalah sumbangan daripada individu dan bukannya Umno.
Najib bagaimanapun mendakwa RM 2.6 bilion yang diterimanya adalah merupakan 'derma' keluarga diraja Arab Saudi.
Najib yang dispekulasikan sebagai 'MO1' dalam siasatan DOJ juga menafikan sebarang salah laku mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membebaskan pengerusi BN itu daripada sebarang kesalahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment