Write For Us

'PAS terima duit dari UMNO fitnah besar'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Anggota parlimen Kuala Nerus Datuk Khairuddin Aman Razali menyifatkan dakwaan PAS menerima duit Umno sebagai fitnah besar.
Wakil rakyat PAS itu menjadikan kontroversi sekitar dirinya kira-kira setahun dahulu sebagai contoh.
“Itu adalah fitnah yang sangat besar menyatakan PAS terima duit daripada Umno.
“Contohnya sabitkan saya beli kereta guna duit Umno.
“Saya bukan hanya dapat gaji daripada parlimen semata-mata, saya adalah ahli perniagaan, mempunyai kewangan saya sendiri.
“Ini tuduhan sangat jahat dan merosakkan maruah. Itu tuduhan salah,” kata Ketua penerangan Dewan Ulama PAS itu.
Khairuddin berkata demikian ketika mengulas dakwaan terbaru bahawa PAS menerima wang daripada Umno, yang sedang tular, dibangkitkan oleh rakan ahli parlimen Simpang Rengam , Liang Teck Meng dari Gerakan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment