Write For Us

Pembangkang bidas Menteri, '1MDB yang jatuh maruah negara'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membidas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bahawa pertemuan gabungan pembangkang itu dengan duta-duta Kesatuan Eropah (EU) sebagai “tidak patriotik” dan boleh “menjejaskan maruah negara”.
Sebaliknya, kata kata timbalan pengerusi Pakatan Harapan itu, saman yang sedang berjalan di seluruh dunia melibatkan1MDB lebih memberi kesan negatif.
“Bagaimana pula bila kita jumpa seseorang boleh jejaskan maruah negara?
“Bila 1MDB sampai ke negara-negara lain, masuk ke mahkamah mereka dan mencemarkan nama negara dan kepimpinan kita, itu baru menjejaskan maruah negara,” katanya dalam sidang media hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Anifah.
Kes berkaitan 1MDB disiasat di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat,Switzerland, Hong Kong, Singapore, Australia, Thailand, Luxembourg and Emeriah Arab Bersatu (UAE).
Sementara itu, Azizah juga berkata amalan meminta pemerhati asing untuk pilihan raya adalah “sangat normal”.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment