Write For Us

Pendakwa Raya tolak representasi Kasitah Gadam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
Pendakwa raya menolak representasi dikemukakan bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam, dalam kes melucut hak harta membabitkan wang RM100,000 yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu.
Wang yang disita itu didakwa mempunyai kaitan dengan skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam prosiding kes melucut hak harta itu pada Khamis, 30 Januari, peguam Sasila Basri yang mewakili Kasitah memaklumkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, pihaknya menerima keputusan pendakwaan menolak representasi itu pada petang Rabu, 29 Januari.
Sehubungan itu, Sasila akan mengemukakan representasi kedua dan diserahkan kepada pihak pendakwaan secepat mungkin.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment