Write For Us

Penyokong BN protes depan PMO

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Sekumpulan penyokong Barisan Nasional berhimpun di luar Kompleks Pentadbiran Putrajaya hari ini bagi membantah keputusan BN Perak kerana menggugurkan penyandang kerusi Parlimen Tanjong Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan daripada senarai calon pilihan raya umum akan datang.
Kumpulan yang dianggarkan seramai 350 orang itu melaungkan supaya Ong, yang merupakan Setiausaha Agung MCA, dikekalkan menjadi calon PRU14.
Kerusi itu sebaliknya diberikan kepada Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.
Mah dijadualkan akan berdepan calon PKR Chang Lih Kang dan calon PAS Mohd Tarmizi Abd Rahman.
Ong, yang adalah adik kepada bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting, adalah wakil rakyat selama empat penggal bermula tahun 1986 hingga 2004.
Beliau kemudian dipindahkan ke kerusi Parlimen Tanjung Malim pada pilihan raya umum 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada 2013.
Ini mungkin kali pertama dalam sejarah pilihan raya apabila setiauasaha agung MCA tidak dilantik sebagai calon.
Bagi Mah, yang dilantik sebagai calon parlimen adalah langkah demi langkah selepas berkhidmat dua penggal sebagai anggota kabinet negeri.
Dalam satu kenyataan, Ong akur terhadap keputusan BN dan memohon para penyokongnya supaya menyokong calon yang ditetapkan parti demi menjamin kemenangan pada PRU akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment