Disebabkan PAS bukan sebahagian daripada komponen pembangkang dalam Pakatan Harapan, tindakan mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor sangat berisiko, kata Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini.
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad menjelaskan masalah yang dihadapi jika DUN Selangor dibubarkan ialah kedudukan PAS.
"Masalahnya ialah PAS. Disebabkan PAS kami tidak pasti dapat mencapai sasaran (mengekalkan penguasaan dalam kerajaan jika pilihan raya mengejut diadakan).
"Kami perlu membuat perkiraan terlebih dulu," katanya di sidang media di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam pemimpin DAP Lim Kit Siang mencadangkan pilihan raya mengejut diadakan di Selangor sebagai tindak balas pelaksanaan persempadanan semula kawasan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagaimanapun Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali kemudian menolak cadangan itu dan berkata kerajaan negeri tidak boleh mengkhianati mandat diberi rakyat pada pilihan raya umum lalu.pur today.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment