Write For Us

Tiada pilihan raya mengejut di Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Seorang exco Selangor hari ini menolak kemungkinan negeri itu akan mengadakan pilihan raya awal ekoran perkembangan terkini pada PAS.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong, berkata setakat ini isu mengadakan pilihan raya awal tidak dibincangkan.
"Mengikut apa yang kami tahu, kemungkinan untuk pilihan raya awal di Selangor memang tidak ada," katanya kepada media di Petaling Jaya hari ini.
Wong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan berkata demikian mengulas dakwaan Selangor mungkin mengadakan pilihan raya awal selepas PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
"Kami menunggu keputusan Majlis Syura Ulama PAS, itu proses mereka," katanya.
Ditanya mengenai perasaannya jika pilihan raya mengejut diadakan, Wong berkata, Selangor adalah negeri paling stabil berbanding negeri lain.
Kerajaan Selangor dibentuk melalui hubungan kerjasama antara PKR, DAP dan PAS sejak 2008.
Bagaimanapun, hubungan PAS dengan PKR dan DAP menjadi renggang tidak lama selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment