Write For Us

PKR, DAP tambah satu kerusi di Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
PKR dan DAP masing-masing menambah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan negeri Dr Xavier Jeyakumar mendedahkan PKR kali ini akan bertanding 21 kerusi manakala DAP pula akan bertanding di 16 kawasan.
Sementara itu, dua lagi komponen dalam HARAPAN – Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding masing-masing 10 dan sembilan kerusi.
Malaysiakini difahamkan, kerusi DUN Sri Serdang dan Sungai Panjang di beri kepada AMANAH manakala kerusi Paya Jaras diserahkan kepada PKR.
Dalam pilihan raya umum 2013, PKR bertanding 20 kerusi, DAP 15 dan 15 lagi ditandingi sekutu lama mereka PAS.
PAS kali ini berikrar bertanding habis-habisan dengan meletakkan calon di 43 daripada keseluruhan 56 kerusi.
BN seperti biasa dijangka bertanding di semua kawasan.
Sementara itu, Xavier memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menggunakan formula yang sama dengan negeri-negeri lain dengan parti yang memimpin diberikan lebih kerusi.
Senarai penuh calon-calon akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.
Sementara itu, HARAPAN negeri juga hari ini mengumumkan kejayaan memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi itu yang tertangguh beberapa kali.
Ia diumumkan dalam kenyataan bersama keempat-empat pemimpin kanan gabungan itu di Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment