Write For Us

Zahid dakwa ada cadangan buat persempadanan semula tambah kerusi DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada usaha untuk meminda perlembagaan bagi membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akhirnya akan menambah kerusi DAP di Parlimen.
Presiden Umno yang sedang bercuti itu berkata ia dibuat dengan menambahkan kerusi Parlimen di kawasan bandar.
"Kita tahu (akan ada) cadangan dalam sidang Dewan Rakyat Julai nanti untuk meminda perlembagaan untuk menambah kerusi DUN dan Parlimen.
"Mungkin ada cadangan kawasan yang mempunyai jumlah pengundi lebih 100,000, akan ada pertambahan kerusi (dengan pecahkan kawasan Parlimen itu). (Melibatkan) kerusi di kawasan bandar.
"Siapakah yang menjadi ahli-ahli Parlimen kawasan bandar, tentulah DAP. Ertinya DAP akan menambah ahli-ahli Parlimennya," dakwanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kepong, di Selayang, pada Sabtu.
Selain DAP, PKR juga banyak bertanding di kerusi bandar pada PRU lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment