Write For Us

Kes persempadanan semula: Nurul Izzah tewas, AG menang rayuan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan rayuan peguam negara untuk mengetepikan kebenaran terhadap anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan 10 pengundi untuk mencabar inkuiri setempat berkaitan amalan persempadanan semula.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid memutuskan terdapat merit dalam rayuan itu.
“Kami sebulat suara membenarkan rayuan peguam negara susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Januari tahun ini (yang membenarkan permohonan itu).
“Terdapat merit dalam rayuan itu. Arahan oleh Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan,” kata Umi Kalthum.
Dua lagi hakim ialah Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Hasnah Mohamed Hashim.
Sebelum ini, panel hakim turut menolak bantahan awal peguam Nurul Izzah bahawa peguam negara tidak sepatutnya menjadi pihak yang memfailkan rayuan memandang pihak yang terkilan ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR), bukan Jabatan Peguam Negara.
Bagaimanapun, satu lagi kes yang difailkan kerajaan Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali masih berada di mahkamah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment