Write For Us

PKR terbuka terima laporan tapi harus berasas - Zuraida

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Ahli PKR bebas membuat laporan polis kerana parti itu mengamalkan dasar terbuka kata Naib Presidennya Zuraida Kamaruddin.
Bagaimanapun katanya laporan yang ingin dibuat itu harus berasas.
“Saya ingat sesiapa hendak buat laporan kerana dasar terbuka.
“Sesiapa hendak buat laporan, dia boleh buat tapi laporan atau aduan itu berasas atau tidak itu, perkara kedua,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Kayuhan Wanita 2019 di Putrajaya, hari ini.
Zuraida berkata demikian ketika ditanya berkaitan tindakan beberapa anggota PKR Kapar membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penggunaan perkataan paria mengguris perasaan masyarakat India.
Laporan itu dibuat oleh ahli PKR b V. Maneyvannan bersama tiga lagi individu lain di Balai Polis Sungai Kapar, Klang semalam.
Dia mendakwa Mahathir menggunakan perkataan yang didakwa mengguris hati masyarakat India.
Mahathir kelmarin antaranya berkata kerajaan akan berdepan masalah pelaburan jika melayan Lynas seperti paria dan menyuruh mereka keluar dari negara ini.
Katanya, kajian pakar telah pun mengesahkan loji pemprosesan itu tidak berbahaya.
Sementara itu, Zuraida memberitahu beliau tidak mendengar perkataan itu yang diucapkan Mahathir dalam satu video yang dilihat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment