Write For Us

PM rasmi projek rumah, penduduk 'demo' di luar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
Sekumpulan penduduk Kampung Jinjang Selatan Tambahan mengadakan demonstrasi di luar majlis rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan mengadakan majlis pecah tanah Pangsapuri Bandaraya @ Sungai Udang di Segambut, ibu negara.
Setiausaha Jawatankuasa Perumahan Tetap, Amir Khan berkata penduduk Jinjang Selatan Tambahan tidak berpuas hati apabila diminta untuk keluar daripada kediaman yang telah diduduki oleh mereka sejak sekian lama dahulu.
Usaha Amir Khan untuk menghantar memeorandum secara peribadi kepada Najib turut gagal kerana dihalang oleh anggota polis.
- BN tak pernah tipu rakyat, kata Najib
Terdahulu, dalam ucapan, Najib meminta rakyat bijak menilai yang mana kaca dan permata antara usaha yang pernah dilakukan oleh kerajaan dan pembangkang.
Sebagai kerajaan, Najib turut memberitahu bahawa kerajaan BN tidak pernah menipu rakyat dan segala usaha dan projek perumahan yang dilaksanakan adalah untuk rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment