Write For Us

'Polis belum pulangkan dokumen asal 1MDB'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Kementerian Kewangan tidak dapat memberitahu berapa lama penyata kewangan 1MDB bagi tahun 2015 dan 2016 dapat disiapkan walaupun firma milik negara itu melantik juruaudit baru seperti dilapor pada Januari lalu.
Ini kerana juruaudit masih memerlukan dokumen yang dirampas oleh polis berhubung siasatan ke atas 1MDB lebih dua tahun lalu, kata kementerian itu dalam jawapan parlimen bertarikh 16 November lalu.
Kementerian itu menjawab secara bertulis berhubung pertanyaan daripada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kementerian Kewangan menjelaskan pada 8 Julai 2015, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas pelbagai dokumen asal dari pejabat 1MDB.
Jelasnya, pihak pengurusan 1MDB telah pun berhubung dengan PDRM mengenai pemulangan dokumen asal syarikat.
Sehingga kini, dokumen asal tersebut belum lagi dipulangkan kepada syarikat.
Ini telah menyukarkan proses pengauditan laporan kewangan syarikat kerana juruaudit perlu merujuk kepada dokumen asal untuk mengesahkan laporan kewangan.
Namun demikian, pihak juruaudit 1MDB telah pun memulakan proses pengauditan ke atas penyata kewangan tahun 2015 dan 2016 berdasarkan maklumat sedia ada.
Jelas kementerian itu lagi, jangka masa pengauditan tersebut tidak dapat dipastikan kerana siasatan polis masih berterusan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment