Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial hadir di firma guaman Rahmat Lim & Partners untuk mencari dokumen yang dikaitkan dengan 1MDB.
Perkara itu disahkan oleh Pemangku pengarah JSJK, Saiful Azly Kamaruddin yang berkata pencarian itu dilakukan di firma undang-undang yang bertempat di Mid Valley City, Kuala Lumpur itu pada 10 pagi.
Terdahulu, The Edge melaporkan polis sedang mencari dokumen berkaitan tiga bon 1MDB yang dikendalikan oleh Goldman Sachs selepas mereka memperoleh perintah mahkamah untuk berbuat demikian.
Rahmat Lim & Partners dilaporkan firma guaman yang mewakili gergasi perbankan pelaburan AS itu semasa terbitan bon 1MDB pada tahun 2012 dan 2013 berjumlah AS $ 6.5 bilion.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran mengenai dokumen yang dicari oleh pihak polis.
Difahamkan serbuan itu dikendalikan oleh unit jenayah korporat dan kewangan JSJK.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment