Write For Us

Polis cari Jamal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Polis sedang mengesan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas beliau menghilangkan diri semasa prosiding mahkamah.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Assistant Commisioner Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan, pemimpin 'gerakan baju merah' itu didakwa oleh seorang majistret di Hospital Pakar yang mana dia ditahan tetapi hilang semasa proses ikat jamin.
Tambah Fadzil lagi, Jamal meninggalkan hospital semasa proses dokumentasi untuk ikat jamin malam semalam pihaknya akan mencari Jamal untuk menyelesaikan proses itu.
Jamal sedang menerima rawatan kerana sakit belakang di hospital berkenaan.
Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM400 jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Jamal diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jun depan sebagai sebutan kes di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Dalam kejadian 5 Oktober tahun lalu itu, Jamal dikatakan mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment