Write For Us

"Polis...mari!!!" jerit lelaki Korea Utara

Loading...
Google Rank
91 Views
Published
Konsular Korea Utara, Kim Yu Song menjerit seolah-olah meminta pertolongan ke arah anggota-anggota polis yang berkawal di kedutaan itu yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Walaupun tidak dapat dipastikan mengapa jeritan itu dilontarkan, namun kawasan kedutaan itu pada pagi tadi telah dipagari dengan tali kuning.
Terdapat sekumpulan wartawan tempatan dan luar negara berasak-asak bagi membuat liputan di kawasan kedutaan itu.
Terdahulu, Reuters melaporkan polis dilaporkan sedang mengepung kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur untuk memastikan jumlah pegawai dan kakitangan yang berada dalam bangunan itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Kami cuba untuk mengenal pasti secara fizikal semua kakitangan kedutaan yang berada di sini," katanya kepada pemberita di luar kedutaan, hari ini.
Beliau berkata kakitangan itu tidak akan dibenarkan untuk meninggalkan kedutaan mereka "sehingga kami berpuas hati dengan jumlah mereka dan mengetahui lokasi mereka berada".
Pyongyang hari ini melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara yang memaksa Malaysia mengambil tindakan yang sama ketika polis cuba menyoal-siasat tiga suspek lelaki yang bersembunyi di kedutaan negara itu selepas pembunuhan Kim Jong-nam.
Pembunuhan pada 13 Februari lalu menyaksikan ketegangan yang semakin memuncak sehingga menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment