Write For Us

PRK Kemaman: Polis buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin isu 3R

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
13 Views
Published
Polis membuka kertas siasatan terhadap Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan membabitkan 3R (agama, bangsa dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilakukan mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Bercakap pada sidang media selepas melakukan tinjauan di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di Chukai, Terengganu, hari ini, beliau berkata siasatan itu dijalankan susulan satu laporan polis yang dibuat terhadap Muhyiddin di sebuah balai polis di negeri itu, Jumaat lepas.

Sumber: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/3601473603444731
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment