Write For Us

Polis buka kertas siasatan terhadap The Star

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Polis membuka kertas siasatan berhubung penyiaran muka depan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Sabtu lepas di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan memanggil mereka yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan berikutan banyak laporan diterima mengenai paparan muka depan akhbar itu melibatkan foto dan kapsyen yang menyinggung perasaan masyarakat Islam.
"Mereka (The Star) perlu memberi keterangan kenapa, apa sebab atau niat menyiarkan gambar berserta kapsyen seumpama itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anggota keselamatan negara hari ini.
Pada Sabtu lalu, akhbar The Star telah menyiarkan gambar berserta kapsyen yang dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan maklum balas pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri turut memanggil empat wakil akhbar harian itu untuk memberi penjelasan berhubung kaitan foto umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan,namun tajuk muka depan di atas foto itu tertulis "Malaysia Terrorist Leader", seolah-olah mengaitkan umat Islam dengan keganasan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment