Write For Us

Polis buka 7 kertas siasatan PRK Rantau

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Polis membuka tujuh kertas siasatan secara berasingan yang berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam tempoh antara 30 Mac dan 3 April, yakni lima hari tempoh berkempen PRK itu.
Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRK DUN Rantau, DSP Ahmad Jamaludin berkata laporan polis itu dibuka secara berasingan di bawah kesalahan-kesalahan membabitkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat, Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengucapkan perkara mengaibkan), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 24B (3) Akta Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 24B (10) Akta Pilihan Raya 1954.
Beliau juga 15 kertas siasatan di bawah kesalahan pilihanraya dan pelbagai di bawah Kanun Keseksaan.
Menyentuh isu kain rentang provokasi, tiada tangkapan dibuat, hanya menerima laporan polis, 3 laporan polis yang dibuat menafikan penglibatan pihak lain dalam isu terbabit
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment