Write For Us

Mungkin polis terlepas pandang, Jamal gesa buka semula kertas siasatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
138 Views
Published
Pengerusi Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md. Yunos dan sembilan penyokongnya membuat laporan polis bagi menggesa polis membuka semula kertas siasatan berhubung insiden pergelutan di sebuah pusat beli-belah di Ampang, November tahun lalu.
Terdahulu, Jamal, 47, Reza Jamin, 37, Ariffin Abu Bakar, 47, Mohd. Shabudin Abu Hassan, 47, Izzrul Idris, 32, Hasannen Zikri Harizan, 24, Mohd. Faiz Amirul Mahsan, 22, Mohd. Yusoff Mohd. Sharif, 26, Abd. Razak Hassan, 29, dan R. Balaguru, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai ahli suatu kumpulan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama didakwa telah menggunakan kekerasan untuk menentang pelaksanaan undang-undang.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam bangunan Pusat beli-belah Ampang Point, Ampang Jaya, dekat sini pada pukul 4 petang, 13 November tahun lalu.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment