Write For Us

PSS kesinambungan cadangan PRSS zaman BN - Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Pas sementara Sabah (PSS) adalah kesinambungan cadangan yang dicetuskan pada zaman kerajaaan BN sebelum ditambah baik serta dilaksanakan oleh PH, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.
Kata Muhyiddin, ketika zaman BN, cadangan dibuat bagi memperkenalkan pas residen sementara Sabah (PRSS).
Tambahnya, ia dicadangkan BN dalam mesyuarat jawatankuasa pada 2015.
"Cadangan pas residen ini dibentang dan dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa induk pada tahun 2015 sebelum kami (PH) jadi kerajaan.
"Selaras pertukaran kerajaan, kita perhalusi untuk cadangan itu dikaji secara mendalam, ditambah penilaian dan dibentangkan dalam jawatankuasa induk 6 Sept 2019.
"Dia (BN) tak putuskan (pengenalan PRSS), tetapi diberi perhatian diwaktu itu, sudah ada (cadangan) untuk laksanakan. Selepas itu (BN) kalah, kita (PH) ambil alih," katanya ketika ditemui selepas program kenduri Rela di Papar, Sabah, hari ini.
Kelmarin Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal menyerahkan kepada Muhyiddin untuk membuktikan bahawa cadangan PSS berrmula pada zaman BN.
Shafie berkata Muhyiddin akan menjelaskan perkara itu ketika turun padang berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment