Write For Us

Reuters, kedutaan AS nafi laporan Malaysia taja keganasan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
24 Views
Published
Agensi berita antarabangsa Reuters dan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menafikan laporan yang mendakwa empat syarikat berpangkalan di Malaysia dikenakan sekatan baru berhubung dakwaan memberi sokongan untuk membiayai aktiviti keganasan.

Laporan yang tersebar di media sosial semalam berikutan perbincangan rasmi antara pegawai Jabatan Negara Amerika dan beberapa menteri Malaysia, seolah-olah diterbitkan oleh Reuters.

Agensi Reuters dalam laman X berkata, mereka tidak pernah melaporkan berkaitan perkara sedemikian.

Sementara itu, Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur turut mengesahkan bahawa laporan tersebut palsu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment