Write For Us

'Rundingan terus memang dibenarkan cuma PH dah janji tiada rundingan terus'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
60 Views
Published
Timbalan Menteri Kewangan 1, Abdul Rahim Bakri tidak menyahut cabaran untuk menyenaraikan 101 projek yang mendapat kontrak melalui rundingan langsung semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Sebaliknya beliau mempertahankan kontrak rundingan langsung dan mengatakan ia menjadi masalah kerana PH telah berjanji dalam manifestonya untuk tidak memberi sebarang kontrak rundingan langsung.

Bagaimanapun menurut Janji 23, manifesto PRU-14, PH menyatakan mereka akan 'memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya bagi projek besar', iaitu hanya untuk projek tertentu.

Perkara itu timbul ketika Saifuddin Nasution Ismail (Harapan-Kulim Bandar Bharu) meminta kerajaan mendedahkan senarai 101 projek tersebut, yang menurutnya tidak sukar untuk dilakukan.

Sebelumnya Abdul Rahim menjelaskan bahawa dana akaun tabung Harapan telah dibelanjakan mengikut tatacara yang termaktub iaitu untuk membayar hutang kerajan persekutuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment