Write For Us

'Saya cabar Zafrul, Wee umum semua projek rundingan terus kerajaan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
40 Views
Published
Anthony Loke mencabar Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menyenaraikan semua projek-projek rundingan terus dan terbuka oleh kerajaan Perikatan Nasional dan Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Agung DAP itu berkata demikian selepas Tengku Zafrul dalam jawapannya di Parlimen menyenaraikan 101 projek rundingan terus semasa era PH, termasuk projek Landasan Berkembar Lembah Klang (Fasa 2) (KVDT2).

Terdahulu, Loke menggesa Wee dan Tengku Zafrul "menelan balik air liur" berhubung kritikan mereka terhadap PH mengenai projek KVDT2 selepas Wee mengesahkan projek itu akan diteruskan dengan kontraktor dan kos yang sama sebelum ini.

Sumber: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/596544981829509
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment