Write For Us

Saravanan cadang kaji semula kriteria kelulusan tuntutan Perkeso

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
34 Views
Published
Menteri Sumber Manusia M Saravanan hari ini berkata sesi mingguan 'Bertemu Pelanggan' di kementeriannya menyaksikan peningkatan aduan daripada pekerja yang tuntutan pencen di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah ditolak oleh lembaga perubatan.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat MIC, di mana sesi yang diadakan setiap Khamis itu mengumpulkan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia dan orang ramai, Saravanan berkata dia secara peribadi sedih dan hairan dengan penolakan itu.

Timbalan presiden MIC itu yang hari ini meluangkan masa kira-kira tiga jam untuk bertemu sendiri lebih 100 pelanggan pelbagai agensi di bawah kementeriannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment