Write For Us

'Saya bukan nak jadi hero Superman atau Spiderman' - Prabakaran

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 10 malam tadi setelah ditahan ekoran pertelingkahan dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar Ramanaidu.

Membuat kenyataan secara langsung melalui Facebook sejurus selepas dibebaskan, Prabakaran berkata, dia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi anggota parlimen yang menjalankan tugasnya selama tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya dia juga telah memaklumkan kepada polis tentang pergerakannya.

Menurut Prabakaran dia melawat kawasan Taman Sri Murni di Selayang - yang kini berada di bawah PKP yang diperketatkan (PKPD) - untuk melihat keadaan penduduk yang kebanyakannya mengadu belum mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment