Write For Us

'Saya harap mereka bertenang dan bersabar'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Penyandang Pengerusi PKR Melaka Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin menasihatkan seluruh ahli PKR di negeri itu supaya bertenang dan bersabar berhubung status pengundian mereka pada pemilihan PKR Melaka Sabtu lepas.
Menurut Shamsul, beliau sudah menemui Jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) berhubung perkara berkenaan dan masih menunggu maklum balas dari JPP.
Ahad lalu Pengarah Pemilihan Pusat PKR Datuk Rashid Din yang dipetik oleh Malaysiakini berkata akan memutuskan sama ada akan mengadakan pemilihan semua di lima cabang di Melaka dan satu di Negeri Sembilan susulan masih belum dapat memuktamadkan keputusan di kawasan berkenaan setakat ini.
Keputusan bagi enam cabang berkenaan tidak dapat dimuktamadkan susulan masalah teknikal yang dihadapi sejak semalam.
Salah satu sebab yang dikaitkan dengan masalah berkenaan adalah disebabkan komputer tablet yang digunakan untuk e-undi, kehabisan kuota data internet.
Ini merupakan masalah teknikal kedua yang terjadi dalam pemilihan PKR tahun ini, Sistem e-undi yang digunakan PKR sebelum ini turut pernah menghadapi masalah teknikal.
September lalu, semua keputusan di Kedah dibatalkan dan pemilihan semula diadakan bagi kesemua kawasan di negeri itu selepas menghadapi masalah teknikal dalam pemilihan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment