Write For Us

Saya masih perlukan CEP - Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih memerlukan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan untuk membantu kerajaan menyelesaikan pelbagai perkara.
Menafikan khabar angin majlis itu akan dibubarkan hujung minggu ini apabila pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) mencapai 100 hari, Dr Mahathir berkata beliau tidak pernah berkata majlis itu hanya berperanan untuk tempoh itu.
"Ada yang merasakan Majlis Penasihat Kerajaan akan ditamatkan, tetapi saya belum buat keputusan.
"Saya tidak ada cakap apa-apa tentang 100 hari (untuk tempoh majlis itu). Saya masih perlukan khidmat mereka," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Ketika ditanya sama ada wujud garis masa untuk majlis itu, beliau berkata "sehingga kita selesaikan banyak masalah."
"Saya sendiri tidak boleh melakukan semuanya," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment