Write For Us

'Saya takkan 'lawan' abang demi hubungan keluarga'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menutup spekulasi yang beliau akan bertanding melawan abangnya yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad.
Khalid yang juga Pengarah Komunikasi parti AMANAH menjelaskan jika Shahrir bersara dari politik beliau akan bertanding di Johor Bharu.
"Dengan izin PKR saya sanggup bertanding di Johor tetapi oelh kerana dia (Shahrir) akan bertanding kerana dia abang.
"Saya tidak mahu terlibat dalam satu keadaan dimana saya bertanding dengan abang saya, maka hasrat saya mahu lihat Johor jatuh saya terpaksa pertimbangkan kembali kecuali dia sanggup beri laluan" kata Khalid dalam satu sidang media di ibu pejabat AMANAH.
Khalid berkata ini kerana beliau harus menjaga hubungan kekeluargaan dengan Shahrir.
"Tapi Johor Bharu kalau abang saya dekat situ saya tak turun;
"Tak manislah adik beradik bertanding disatu kerusi yang sama" tambah Khalid.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment