Dari mata kasar, sosok peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai seorang yang tegas.
Melalui kenyataan-kenyataan balasnya menepis dakwaan musuh politiknya menerusi Facebook mahupun Twitter, penulisan bekas presiden Umno itu dituju secara langsung.
Namun kenyataannya di media sosialnya semalam menampilkan sesi lain Najib apabila beliau tampil menunjukkan kebolehannya memparodikan situasinya ketika pelbagai pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya.
Menerusi status di Twitternya, Najib berkata, dia kini menjadi sasaran untuk disalahkan atas segala macam hal, termasuklah kekalahan pasukan bola sepak Inggeris yang disokongnya.
Menurutnya, pelbagai tuduhan liar kebelakangan ini terhadapnya seperti memudahkan kerja semua orang apabila hanya perlu menggunakan modal 'semua salah Najib'
Secara sarkastik Najib menyatakan jika Harga tidak turun, Manchaster United Kalah dan jika masuk ke tempat kerja lambat akibat hujan semuanya harus dipersalahkan kepada Najib.
Kenyataan itu dibuat selepas tertuduh dalam kes pembunuhan Kevin Morais mendakwa Najib menawarkan RM3.5 juta untuk mengaku bersalah.
Najib menyifatkan tuduhan itu sebagai "karut".
Manchester United, yang merupakan kelab bola sepak Inggeris kegemaran bekas presiden Umno itu, kalah 1-3 dalam perlawanan menentang West Ham United 29 Sept lalu dan berada di tangga ke-10 liga ketika ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment