Lipatan sejarah harus dibuka semula bagi mengenali DAP dan bagaimana politik perkauman mula timbul.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata DAP bertanggungjawab mewujudkan politik perkauman kerana politik sebegitu hanya wujud selepas tertubuhnya parti itu.
“Umno diwujudkan hampir 20 tahun lebih awal sebelum lahirnya DAP. Politik pelbagai kaum ketika itu cukup harmoni.
“Tetapi setelah Singapura dikeluarkan dari negara ini, parti serpihan PAP muncul iaitu DAP dan sejak wujudnya DAP yang bertanding dalam pilihan raya maka banyak isu perkauman dipolitikkan, sebagaimana kita tahu telah berlaku pergaduhan kaum,” katanya yang dipetik oleh portal Umno Online.
DAP terpaksa berulang kali menangkis dakwaan bahawa ia adalah parti cauvinis Cina yang mengancam kedudukan Islam dan orang Melayu di Malaysia.
Pemimpin parti itu mendakwa Umno menggunakan hujah tersebut untuk mencetuskan rasa takut di kalangan pengundi Melayu-Islam. Untuk mengubah persepsi itu, DAP membawa masuk lebih ramai anggota Melayu ke dalam parti itu dan meletakkan mereka sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment