Write For Us

"Siapa yang buat tol? Pekan ke Dr Mahathir?"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Setelah perancangan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk melaksanakan agenda perubahan negara jika menawan Putrajaya dipandang remeh oleh ahli parlimen kerajaan, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengulangi bahawa pembangkang komited untuk menghapuskan tol dan sebagainya.
"Sebab tadi Bagan Serai kata pasal hapuskan tol dan sebagainya. Saya kata supaya dia landing elok-elok, kalau BN perintah memanglah tak boleh hapus, kalau Pakatan Harapan memerintah, boleh hapus," kata Mujahid.
Beliau berkata demikian ketika mencelah ruang ucapan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali di Dewan Rakyat petang tadi.
Noor Azmi kemudian menganggap idea perubahan HARAPAN itu sebagai angan-angan kosong.
"Datuk Seri Speaker, Parit Buntar dia ni pening. Yang ini semua angan-angan kosong. Saya nak balik kita punya rang undang-undang ini," katanya.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menegur supaya topik tersebut dibahas ketika perbahasan Bajet nanti.
Kemudian, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul bangun mencelah sambil bertanya siapakah yang membina lebuh raya bertol.
"Saya nak tanya Parit Buntar, Bagan Serai. Siapa yang buat tol ini?
"Pekan ke Dr Mahathir ke? Yang buat tol ini Tun Mahathir. Nampak Yang Berhormat ini (Parit Buntar) lupa kot," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment