Write For Us

Tun M beri amanat buat pengundi Pekan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa seluruh pengundi Parlimen Pekan, di Pahang menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada PRU-14 akan datang.
Kata Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU, beliau kecewa Najib enggan mendengar nasihatnya bahkan tetap meneruskan tindakan membeli segala-galanya termasuk sokongan kepada dirinya menjelang pilihan raya umum akan datang.
Jelas Mahathir, Najib hampir kalah di kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya 1999 lalu.
"Dia pada tahun 1999 hampir kalah tetapi kali ini penduduk dan pengundi di Pekan berpeluang untuk menyelamatkan negara ini dengan mengalahkan Datuk Seri Najib.
"Sebab itu janganlah sama sekali menyokong Najib atau mengundi Najib dalam pilihan raya akan datang ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam amanatnya kepada pengundi Pekan yang siar di Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment