Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dato Nassuruddin Daud mensihatkan Pemuda Umno Kelantan supaya tahu cerita sebenar dan jangan bertindak tanpa mengetahui asal usul cerita sebenar kejadian di dalam DUN Kelantan.
"Nak bantah speaker minta speaker letak jawatan, buat memorandum serah di Kota Darul Naim.
"Saya nak nasihat Pemuda Umno biar tahu cerita. Kita siarkan (sidang DUN) live satu dunia dan peraturan speaker, arahan speaker, keputusan speaker harus dihormati.
"Kita orang muda ni biar fikir dan tahu apa speaker buat betul ke tak kalau nak bantah pun," kata Nassuruddin yang juga di gelar 'singa PAS' oleh parti islam tersebut.
Nassuruddin berkata demikian dalam satu ceramah sempena sidang dun Kelantan 2017 di perkarangan pejabat PAS kawasan Kota Bharu malam semalam.
Ketika perbahasan sidang DUN Kelantan rabu lalu, kecoh seketika apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub bertindak menghalau Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah atas sebab melanggar peraturan dewan selepas dikatakan menggangu sesi penggulungan pihak kerajaan negeri, walaupun selepas diberi amaran beberapa kali.
Abdullah Ya'kub mempertahankan tindakannya mengarahkan Ketua Pembangkang itu keluar dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) rabu lepas.
Malah beliau menyifatkan tindakan Nozula yang menangis selepas itu sebagai gimik untuk meraih publisiti.
Pemuda Umno Kelantan semalam mendesak agar Speaker Dun Kelantan dan timbalannya supaya meletak jawatan dengan segera ekoran tindakan mereka yang dianggap mencemarkan kesucian dewan.
Ketuanya, Mohd Azam Ismail berkata tindakan Speaker, Datuk Abdullah Ya’kub yang tidak membenarkan Ketua Pembangkang yang juga Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah membahaskan Bajet 2018 serta menghalaunya keluar dewan semalam, sebagai perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment