Write For Us

Singapura denda 2 bank lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini mengumumkan telah mengenakan penalti kewangan terhadap dua bank kerana terlibat dalam transaksi yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Dua bank itu ialah Credit Suisse dan United Overseas Bank (UOB).
Dalam kenyataannya, MAS berkata Credit Suisse didenda S$0.7 juta (RM2.16 juta) manakala UOB didenda S$0.9 juta (RM2.78 juta).
Bank-bank itu didakwa melanggar Notis 625 MAS – Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Membendung Pembiayaan Keganasan.
Denda itu dikenakan selepas semakan dua tahun berkaitan transaksi berkaitan 1MDB yang telah diselesaikan.
“Pemeriksaan terhadap Credit Suisse dan UOB mendedahkan beberapa perlanggaran terhadap keperluan antipengubahan wang haram (AML) dan kecuaian kawalan.
“Ini termasuk kelemahan meneliti pelanggan dan ketidakcukupan keselamatan terhadap kegiatan dan transaksi pelanggan-pelanggan,” menurut MAS.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment