Write For Us

SPRM: Tambang pulang mengundi adalah rasuah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
imbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan bahawa pemberian elaun perjalanan kepada pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka adalah suatu kesalahan rasuah.
"Sebagai contoh, jika seorang pengundi ditawarkan elaun untuk perjalanan pulang dan mengundi, atau dibayar RM50 supaya dia mengundi calon tertentu," katanya memberitahu Sin Chew Daily dalam satu wawancara.
Pilihan raya terdahulu sering-kali menyaksikan pembangkang mengaturkan perjalanan untuk pengundi di luar kawasan pulang untuk mengundi. Ini sebagai satu cara untuk meningkatkan jumlah pengundi.
Pengundi luar kawasan yang lebih tinggi sering dianggap memberi faedah kepada pembangkang.
Menurut laporan dalam The Star, Azam berkata, pemberian sebarang bentuk dorongan kepada pengundi, sama ada wang atau hadiah, dianggap sebagai rasuah mengikut undang-undang.
Laporan itu menambah, "Jika ahli politik menawarkan bantuan seperti beras atau sumbangan kepada rakyat miskin, ini bukan rasuah" kata timbalan ketua pesuruhjaya itu.
Walau bagaimanapun, Azam berkata janji pilihan raya tidak dianggap sebagai rasuah kerana ia sebahagian daripada kempen untuk menarik pengundi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment