Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengulangi kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan adalah bersifat rasuah.
Menurut Azmin, BR1M tidak akan diletakkan sebagai manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di sini hari ini.
Kata Azmin, Mahathir hanya menjelaskan sekiranya BR1M akan diteruskan, ia akan diurus oleh institusi tertentu, bukannya diurus oleh orang politik.
Pada Sabtu lalu, dalam ucapan majlis pelancaran rasmi BERSATU, Mahathir bersikap terbuka untuk mengekalkan BR1M sekiranya pembangkang mengambil alih kuasa.
Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU, berkata BR1M akan dikekalkan jika dasar itu didapati perlu.
Bagaimanapun, beliau berkata sebarang usaha untuk menggunakan
dasar itu bagi memancing undi akan dihapuskan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment