Write For Us

BR1M bukan rasuah, kata Wan Azizah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak bersetuju kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disifatkan sebagai rasuah.
"Apa sahaja yang diberikan kerajaan perlu disalurkan kepada rakyat, itu bukan rasuah. Ia adalah hak mereka untuk mendapatkannya," ujar beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR.
Baru-baru ini, Mahathir mengingatkan rakyat di negara ini bahawa pemberian BR1M merupakan rasuah dan salah di sisi undang-undang.
Dakwanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan BR1M bagi meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ditanya sama ada kesan kenyataan Mahathir memberi kesan ke atas Pakatan Harapan ekoran gandingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), jelas beliau, ia hanyalah sekadar pendapat Mahathir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment