Write For Us

Isu BR1M 'rasuah': Ezam pertahan Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Di ketika banyak pihak terutama kerajaan membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah rasuah, Mohamad Ezam Mohd Noor hari ini tampil mempertahankan bekas perdana menteri itu.
Kata Mohamad Ezam yang kini mempengerusikan Hisbah Center for Reform dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dakwaan Mahathir itu dibuat dengan berasas dan seharusnya diteliti.
Kata Ezam dalam satu kenyataan, rencana asal BR1M datang dari Bank Negara dan ia mempunyai merit dari sudut ekonomi dan juga sosial.
Jelasnya, semasa di Kementerian Kewangan, beliau sendiri pernah menyatakan dari sudut Islam bahawa pemberian cara ini amat dekat dengan prinsip pemberian zakat dalam Islam kerana ada tumpuan kumpulan sasar seperti konsep asnaf.
Katanya lagi, persoalan rasuah timbul apabila pemimpin politik yang 'desperado' dan terdesak ambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment