Write For Us

Suara kebimbangan ahli PAS terpencil, terlalu sedikit - Hadi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
57 Views
Published
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kebimbangan yang disuarakan sebahagian anggota PAS bahawa Umno akan mengkhinati kerjasama dengan parti itu hanyalah "suara-suara yang terpencil".
Kata Abdul Hadi, suara-suara tersebut hanya dilontarkan oleh muka-muka baru dalam parti, sedangkan muka-muka lama dapat menyambut dan menerima taawun siyasi PAS-Umno dengan baik.
“Itu suara yang terpencil, terlalu sedikit (terdiri daripada) muka yang baru dengan PAS.
“Mereka yang dah lama dan mengikuti budaya politik matang dan sejahtera akan dapat menerima keputusan (kerjasama) yang kami buat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas berakhirnya Muktamar PAS Pusat ke-65 yang berlangsung di Dewan Tertutup Sukpa, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita yang bertanyakan cara PAS menangani kebimbangan disuarakan sebahagian perwakilan dalam muktamar tersebut berhubung kerjasama itu.
Sepanjang muktamar berlangsung, biarpun semua perwakilan menyokong taawun siyasi di antara PAS dan Umno, beberapa perwakilan menyuarakan kebimbangan mereka.
Antaranya, Pemuda PAS Kedah yang menyarankan PAS perlu menjadi ketua dalam kerjasama tersebut kerana bimbang dengan "perangai lama" Umno.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment