Write For Us

Suasana hiba selubungi pengebumian Bill Kayong

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
210 Views
Published
Lebih 1,000 orang terdiri daripada sanak saudara, rakan-rakan, kenalan serta ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil memberikan penghormatan terakhir kepada aktivis yang juga Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong yang ditembak mati pada 21 Jun lalu.
Malah mereka yang datang memberi penghormatan adalah daripada pelbagai bangsa dan agama, sama ada dari NGO mahupun parti-parti politik, khususnya PKR, yang datang dari seluruh negeri.
Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Bill Kayong, seawal jam 5 petang pada 22 Jun lalu ialah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing; Menteri Muda Pengangkutan Darat dan Udara dan Keselamatan, Datuk Lee Kim Shin; ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting; Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang serta pengerusi SUPP Pujut, Adam Yii.
Manakala pada sebelah malamnya ialah Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo yang juga rakan karib beliau serta isteri; Naib Ketua Wanita PKR, Voon Siak Ni serta wakil kepada ahli politik yang lain.
Upacara memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah beliau, diadakan di kediamannya di Desa Senadin di sini selama dua hari iaitu pada Rabu dan Khamis, sebelum jenazahnyad ikeluarkan dari Rumah Mayat Hospital Miri, setelah selesai bedah siasat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment