Write For Us

Sumber: Soal siasat dihentikan awal, Musa Aman masuk IJN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan petang semalam.
Memetik laporan Bernama yang memetik sumber, Musa yang hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam, bagi memberi keterangan berhubung kes rasuah, terpaksa menghentikan sesi soal siasat lebih awal.
Sumber itu berkata Musa dibawa ke Hospital Putrajaya terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan sebelum dikejarkan ke IJN.
Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dipanggil ke ibu pejabat SPRM, dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment