Write For Us

'Tahan 30 tahun, tapi penjara tak patuh syariah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Parti Amanah Negara (AMANAH) membangkitkan kebimbangan terhadap cadangan peningkatan hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata hukuman penjara itu boleh memberi kesan negatif, dengan mengambil kira keadaan semasanya.
“Nak masukkan pesalah syariah dalam penjara yang ada sekarang ini, silap-silap masuk baik keluar jahat.
“Kerana ia bukan penjara patuh syariah. Kamu kena ada penjara patuh syariah sebelum nak masukkan orang 30 tahun,” kata anggota parlimen Shah Alam.
Diminta menjelaskan kenyataan itu, Khalid berkata beliau tidak maksudnya penjara patuh syariah perlu dibina.
Sebaliknya, katanya, keadaan penjara sahaja yang perlu dipertingkatkan untuk memberi lebih kebajikan kepada banduan dan menumpukan kepada usaha pemulihan, bukan semata-mata untuk menghukum.
Dalam sidang media di ibu negeri Selangor hari ini, Khalid mengingatkan usaha AMANAH memperkasakan mahkamah itu dengan menumpukan usaha untuk memperkemaskan pentadbirannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment