Write For Us

Tak ada 'kabel' - Ku Nan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan kononnya ada 'kabel' dalam urusan pengagihan dan penjualan unit-unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).
Beliau berkata perbuatan itu tidak berlaku kerana semua urusan pengagihan dan penjualan unit RUMAWIP dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, dan bukannya pemaju atau ejen pemaju.
"Tidak ada orang tengah dalam urusan ini. Saya akan minta pegawai-pegawai saya siasat apa yang telah berlaku. Kalau Yang Berhormat tahu perkara sebenar, maklumkan kepada saya dan Insya-Allah, saya akan jawab."
"Jangan buruk sangka - percayalah, apa yang kita (kerajaan) lakukan ini adalah demi rakyat kerana kerajaan yang ada sekarang ini sayangkan rakyat," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) kononnya ada 'kabel' dalam penjualan unit RUMAWIP yang berharga antara RM198,000 hingga RM300,000.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment