Write For Us

Tak rela Mahathir calon PM, Ezam tetap mahu Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tokoh yang masih 'berbisa', bekas ketua pemuda PKR sebaliknya beranggapan menamakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon perdana menteri untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) bukanlah tindakan tepat.
Kata Datuk Ezam Mohd Nor, HARAPAN mempunyai ramai tokoh muda yang boleh diketengahkan sebagai calon perdana menteri jika mereka berjaya mengalahkan BN dalan pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Antara nama yang dipetik Ezam ialah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, bekas menteri besar Kedah yang kini menjadi Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
HARAPAN semalam mengumumkan secara rasmi calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri untuk ditawarkan kepada pengundi sempena PRU yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Selain Dr Mahathir, HARAPAN meletakkan keyakinan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.
Jika berjaya menguasai Putrajaya langkah segera untuk mendapatkan pengampunan diraja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilakukan.
Bekas timbalan perdana menteri itu kemudian dijadual diangkat menggantikan Mahathir apabila proses berkenaan selesai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment