Write For Us

Tanya Azmin, kata Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak tahu sama ada bayaran insentif Hari Raya Aidilfitri akan diberikan atau tidak kepada 112,653 peneroka Felda di seluruh negara.
Sebaliknya, kata Dr Mahathir, persoalan berhubung perkara itu perlu ditanyakan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2019 di bangunan Kementerian Kewangan hari ini.
Dr Mahathir menjelaskan, mesyuarat tersebut tidak membincangkan tentang Felda dan soal melibatkan agensi kerajaan itu telah banyak kali dibincangkan pada forum-forum lain.
Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata, keutamaan kerajaan kini ialah untuk memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment