Write For Us

"Tanya Ku Nan"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas kontroversi yang menyelubungi sekitar pertandingan menghias bilik darjah dan persembahan bertema Umno yang diadakan di sebuah sekolah rendah di Putrajaya, baru-baru ini.
Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, hari ini, Ahmad Zahid sekadar senyum apabila diminta mengulas sama ada majlis seumpama itu wajar diadakan di sekolah.
“Malaysiakini tanya?
“Awak tanya Ku Nan (Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor),” katanya.
Selasa lalu, kontroversi tercetus susulan kehadiran Tengku Adnan di SK Putrajaya Presint 14 (1) yang bukan sahaja menyampaikan ucapan berunsur politik, tetapi juga kerana bendera Umno dihias di seluruh sekolah manakala pelajarnya pula menyanyikan lagu parti itu.
Dalam ucapannya, menteri itu juga menggesa para guru untuk menyertai Umno.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment