Write For Us

Terima kasih Najib, Zahid ziarah 'banduan politik' - Wan Azizah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menziarahi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.
Sebelum mengakhiri ucapannya di Dewan Rakyat, Wan Azizah berkata ini kali pertama Najib dan Zahid melawat seorang banduan yang dipenjarakan yang ditafsirkan sebagai 'banduan politik'.
Beliau juga turut mengucapkan penghargaan pasukan perubatan dan kakitangan HKL yang mengendalikan dan memantau keadaaan kesihatan sepanjang pembedahan yang dijalani Anwar.
"Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak seluruh pasukan pakar perubatan dan kakitangan Hospital Kuala Lumpur.
"Saya menghargainya dan juga kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Pekan dan Bagan Datoh yang telah menziarahi mantan timbalan perdana menteri yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Inilah kali pertama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri melawat seorang banduan yang dipenjarakan, yang boleh ditafsirkan sebagai sebenarnya dia adalah banduan politik," katanya.
- Najib, Rosmah luang masa lawat Anwar
Pada 17 November lalu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi Anwar di HKL.
- Selepas Najib, Zahid pula lawat Anwar di HKL
Keesokan hari, giliran Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis pula melawat Anwar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment